Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, October 23, 2011

Boy... kot?


Assalamualaikum. Hye.

Aku jahil dalam hal ni. Jadi ini bukan entry pasal pendapat aku tentang hal boikot. Ini cuma pendapat aku yang ada sabit dengan boikot, sebab aku sendiri bukan jenis yang boikot2 ni. Dan aku tahu pasti ada di antara kamu yang tak setuju dan akan benci entry ini. Bagus juga. Aku nak tahu pendapat orang lain sama. Bolehlah share opinion masing2.

Pernah sekali aku ditegur semasa meminum vanilla coke;
"Kau sedang meneguk darah saudara Palestin."
Aku cakap balik;
"Eh aku yang minum darah tapi kenapa mulut kau yang berbau bangkai?"

Faham? Tak apa. Abaikan metafora di atas.


Ok jangan abaikan. Itu point aku sebenarnya. Aku tak kisah kalau orang nak bercerita pasal boikot. McDonald yang sedap gila tu sebenarnya ialah sumber kewangan Israel untuk menindas umat Islam di Palestin apa benda semua tu aku dah faham. Lama dah aku faham. Tapi aku tetap makan jugak.

Alasan cikai aku ialah sebab benda tu makanan. Sedap lagi. Aku nak makanlah. 

Mak aku selalu kompelin kalau abang aku sudi ke kedai makan semata2 nak beli neslo ais. Sebab benda alah tu boleh bancuh di rumah. Buat apa pergi kedai?

Tetapi...

Burger McDonald tidak mungkin dapat dihasilkan di rumah. Jadi kena beli di kedai dialah. Bolehkah dipakai alasan itu? Ok tidak boleh. Aku tahu.

Banyak artikel yang aku baca pasal hukum berurusan dengan yahudi atau makan McD tu masih harus dan memang akan harus sampai bila2 pun. Sebab alasan2 yang menjadikannya haram masih belum ada. Tapi banyak juga artikel yang aku baca pasal hukum berurusan dengan yahudi atau makan McD tu sudah haram dan memang akan haram sampai bila2 pun. Sebab alasan2 yang menjadikannya harus sudah tiada.

Oleh kerana imanku senipis kulit bawang, aku tak dapat tahan temptation untuk makan benda2 tu. Maka tentulah aku akan berpegang dengan pendapat yang mengharuskan.

Dan sekarang ini dikongsikan pula video2 boikot warga Eropah. Jadi orang Islam yang masih bersedap2an di McD itu tidak malukah dengan orang bukan Islam yang boikot?

Aku tetap mengguna barangan Nestle. Aku tetap berus gigi guna Colgate sama ada berus giginya atau ubat guiginya atau benda alah plax tu. Pernah suatu hari kawan aku nak minta ubat gigi sikit dan aku bagilah. Tetapi bila melihat Colgate terus dia tak jadi ambik. Wah ciri2 mujahid kerana memboikot yahudi. Aku sangat kagum.

Tetapi mengenangkan KFC yang lazat2 dan panas dihidangkan, dan dia ada di situ makan sekali, aku rasa macam what the h... you know what I mean?

Aku memang gelap hati dan tak dapat merasakan Pepsi seperti darah. Aku tak rasa makan daging burger McD itu seperti meratah daging saudara palestin. Semangat jihadku masih suam2 kuku. Tak pun suhu bilik saja. Telingaku masih tersumbat earphone dengan lagu Avril Lavigne tapi kalau azan, aku pauselah dan jawab azan, baca doa, baru sambung dengar balik. Ya iman biasa2 saja. Boikot pun tidak. Taktahulah amalan aku macam mana nanti. Diterimakah atau ditolakkah?

Cumanya satu perkara inilah.

Aku tak boikot kerana beberapa perkara.

  1. Aku tak nampak di mana perkaitan burger dan peluru.
  2. Aku tak nampak bagaimana boikot dapat memberi tekanan kepada yahudi.
  3. Aku tak nampak adanya alternatif dari umat Islam. Seriously aku pernah makan RFC. Tak selazat KFClah. Maybe orang kata sedap sebab bersalut darah muslimin, Tapi aku rasa realitinya memang berbeza kualiti. Dah la lagi mahal pulak tu.
  4. McD dan KFC menampung ramai pekerja dari kalangan muslim.
Sebenarnya yang di atas tu terhegeh2 saja. Sebenarnya yang aku fikirkan ialah, apa gunanya tak makan benda2 yahudi, tapi berperangai seperti yahudi? Haaaaaaa dah nak nampak dah apa yang aku maksudkan kan?

Tengoklah orang kita. Benda yang dilarang dalam Alquran dan hadis lagi nak buat. TAK TUTUP AURAT sebut banyak kali dah sampai dah boring. Makan rasuah dari orang atasan sampai bawahan. Derhaka ibubapa. Makan harta anak yatim. Khianat. Kapel-zina-buang anak. Hisap rokok. Judi. Khurafat dan segala mak nenek yang ada di sebut dalam Alquran dan hadis. Haa satu lagi, ARAK.

Semua tu masyarakat kita buat. Terang2an Allah larang. Masih dibuat. So aku rasa tak gunalah kalau boikot tak makan burger sedap tapi makan rasuah. Tak pakai barangan yahudi tapi pakai baju serupa yahudi. Yang perempuan tak tutup aurat mengalahkan perempuan yahudi. Yang lelaki nak pakai seluar pendek mengalahkan lelaki yahudi. Contohnyalah.

Ya. Aku lagi suka daripada hisap rokok, lebih baiklah makan McD. Daripada minum arak lebih baiklah minum Coca Cola. Daripada makan rasuah, lebih baiklah makan KFC. Sedap dan lazat. Ada nutritional facts lagi. Sekurang2nya preservatives itu tidak sihat dan tidak haram. Tapi arak dan rokok itu tidak sihat bahkan tidak halal.

Berapa orang yang cakap gedebuk gedebak pasal McD tapi orang yang bersembang dengan dia tu hisap rokok dia tak kata apa. Tak pun sebelah dia ada awek pakai mini skirt. Dia dok bersyarah pasal KFC. Misalannyalah.

Kalau aku diletak di sebuah bandar, ada McDonald 5 tingkat, tapi masyarakat di situ pakai tudung, tak hisap rokok, tiada kedai jual arak, tiada orang mengumpat, dan kedai tikam nombor pun tak ada, maka senang hati aku akan tidak menjejaki ke McDonald tersebut sebab rasa diri ini akan menjadi terlalu hina dibandingkan dengan orang lain. Jujur aku katakan, aku tak rasa diri aku buat salah kalau makan burger atau ayam goreng atau minum milo kalau nak dibandingkan dengan penghisap rokok, peminum arak, dan pendedah aurat. Ya haram untuk kita merasa diri lebih baik dari orang lain but I can't help it. At least I do stuff that is not forbidden by Allah, clearly written in the holy Koran. 

You got my point? Why I don't care boycotting?

Sila tarbiyah umat untuk ikut suruhan agama yang wajib sebelum nak beleber panjang pasal benda yang syubhah macam ni. Benda2 tu makanan yang diragu2kan. So ikut keyakinanlah. Aku yakin kata halal. Maka halal bagi aku. Kalau kamu ragu, jadi haramlah. Tapi ada benda yang memang terang2an haram. Benda2 itulah yang lagi utama kamu serukan, tak gitu?

Tu tak campur lagi berapa banyak perdebatan yang pointless and saliva wasting. Sempat pulak berbalah pasal ayam goreng. Lagi berfaedah rasanya kalau suruh orang perempuan tak tutup aurat pakai tudung. Atau nasihat perokok agar berhenti. 

Sebelum nak robohkan McD, lebih baik robohkan kilang arak. Kalau kata arak tu bagi sumbangan dalam negara, sah2 benda tu haram. Siap dengan dalil konkrit Allah bagi. Tapi McD makanan halal. Bagi sumbangan juga kepada negara.

So?

p/s :: Lebih baik ulama2 fikir cara nak menentang golongan pemimpin pemakan rasuah daripada menentang golongan rakyat pemakan burger. Kahkahkah. Dan lagi satu, rakyat palestin tidak memerlukan belas daripada kita masyarakat yang tolak hukum Allah ni.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, October 22, 2011

Cabaran Menjadi Perempuan Zaman Ini 2


Assalamualaikum. Hye.

Entry ini akan membincangkan hal2 perempuan yang diklasifikasikan sebagai perempuan bodoh.

Jika anda ialah perempuan, dan tidak mendapati apa2 yang disebut dalm entry ini mempunyai kaitan dengan anda, maka silalah baca dengan tenang dan cubalah menasihati kenalan2 anda yang mungkin mempunyai satu atau lebih simptom2 yang bakal diutarakan nanti.

Sini ada video yang menyedihkan. Kalau nak tengok bolehlah klik.

Cabaran sangat hebat kerana perempuan telah disogokkan dengan idea 'Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu manakala Perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu.'

Adakah itu menjadi satu alasan kenapa perempuan membodohkan diri?

Macam apa yang anda boleh tengok dalam video di atas (kalau video tu tak diremovelah) orang perempuan seolah2 hilang maruah diri. Sudah tidak punya kehormatan, tidak punya kemaluan. Oppsss terlucah pulak. Sori.


Pertama sekali wahai perempuan, mari sini aku nak ajar cara2 menjaga maruah. Paling simple, tengoklah mak ayah anda. Adakah mereka berpeleseran dengan jantan dan betina lain sesuka hati? Tidak, bukan? Samalah. Kalau nak jaga diri, jangan nak menggedik dengan jantan sangatlah. 

Kenapa susah sangat orang nak faham kenapa dalam Islam budaya kapel tu haram? Kenapa susah sangat orang nak nampak yang budaya itu membawa banyak derita dari bahagia? Kenapa orang zaman sekarang ni mengagungkan sangat cinta? Sebab baca Terfaktab banyak sangat kot. Cinta infinitilah apa kebenda. Siap ada Kitab lagi. Baik baca kitab doremon. Lawak pun lawak. Moral values pun banyak. Nak lagi power baca Kitabullah.


Perkara yang menjadi kayu ukur zaman kini mungkin sekali "Kalau takda pakwe maknanya kau tak laku. Pisang goreng pun ada laki hensem beli. Tapi kau takda sesiapa pun yang nak." Mungkin sebab itulah juga perempuan zaman sekarang sudah tidak meletakkan virginity sebagai benda yang paling berharga. Ada sesetengah orang malu mengakui masih virgin. Sedangkan Virgin Coconut Oil punyalah berharga dan mahal dan menjadi rebutan. Apa kau tak malu dengan buah kelapa?

Kenapa perempuan senang sangat diayat?

Kenapa dengan ayat2 manis mulalah nak cair. Lepastu ikut telunjuk. Pakwe mintak apa pun nak bagi. Tidakkah kamu tahu kalau lelaki tu senang hati nak berkapel dengan kamu, maknanya dia memang lelaki jenis tak boleh pakai sangat sebab tak tahu halal haram. Kalau dah terlebih hormon sangat, pandai2lah kawal diri. Jangan sebab cinta, kamu sanggup menggadai maruah, masa depan, kepercayaan, dan nyawa kamu.

Aku pelik. Setiap hari dalam suratkhabar ada cerita pasal kes rogol. Setiap hari ada kes cabul. Nak lagi dahsyat budak2 kecik pun dak diganggu secara seksual oleh jantans. Jantan yer bukan lelaki. Tapi perempuan2 sekalian tak serik dan nak jugak berjantan. Bajet2 hot la kalau jalan2 kat mall pakai legging pastu kat sebelah ada jantan sekor. Rasa macam hot la sebab ada balak. Bodoh.

Simpanlah rasa curiga terhadap lelaki. It helps a lot. Kalau nak tanya soalan addmaths tu takpayahlah curiga. Maksud aku curigalah jika ada lelaki yang mengoffer diri menjadi boyfren atau balak atau kayu balak atau akasia sekalipun.

Cuba perempuan sekalian fikir. Apa tujuan lelaki dalam hidup kamu? Apa yang ayah kamu buat untuk kamu? Sampai kamu boleh membesar menjadi orang. Senang2 saja kamu nak cari lelaki lain dalam hidup kamu. Kalau ya pun nak berlaki, cari yang seumpama atau lebih baik dari ayah kamu. Dan usahakan ke arah perkahwinan. Jangan terlibat dengan perhubungan tergantung yang cuma bersangkut dengan janji2 bodoh.

Jangan terlibat dalam perhubungan tergantung kerana jika seorang perempuan dan seorang lelaki terlibat secara tidak berarah, yang akan menanggung lebih banyak kesusahan ialah perempuan. Dunia ini sangat adil dalam segala hal. Cuma hal inilah saja yang dunia menunjukkan sedikit ketidakadilan terhadap perempuan.

Bila buat seks bebas, lelaki dan perempuan akan terdedah kepada penyakit. Tetapi perempuan juga berisiko mengandung. Seorang lelaki yang melakukan hubungan seks secara rahsia tidak akan menghadapi risiko2 yang bakal mendedahkan perbuatannya. Tetapi perempuan, jika melakukan hubungan seksual buta2 saja, boleh termengandung. Perut memboyot. Ada baby. Lepastu buat pengguguran. Jadi pembunuh. Nak yang lagi babi punya perangai, kelar anak sendiri lepas lahir.

Sangat tak adil.



Bukan seorang dua perempuan yang dikasari dan disakiti lelaki. Tetapi seolah2 tidak serik. Ada yang sanggup lari ikut jantan daripada bersama keluarga. Padahal mak ayah dia yang basuh bontot dia masa kecik2 dulu. Bila besar nak jilat bontot jantan. Sangat bodoh.

Tapi kenapa masih senang nak diayat? Kenapa masih mahu berboyfren? Tidakkah anda merasakan anda sedang membodohkan diri sendiri wahai perempuan2 sekalian?

Aku bangga dengan diri sendiri kerana tidak pernah ada awek atau gerfren atau yang seangkatan dengannya. Walaupun aku mengaku kadang2 rasa inferior kerana seolah2 tiada yang suka. Rasa muka sendiri hodoh sangat sampai tiada yang berkenan. Rasa badan ini sekeping kayu dan tidak tuff lalu membuatkan awek2 tidak berselera memandang. Rasa poket ini sangat nipis dan berisi angin sampai tiada siapa pun untuk dibelanja ketika hujung minggu.

Tapi aku gembira kerana aku boleh kata dengan yakin aku takkan menjadi perosak gadis2 yang mempunyai masa depan. Aku tidak akan meletakkan nafsu sebagai pemandu tindak tanduk aku. Aku tidak hidup berkiblatkan cinta. Aku tidak perlu melanggar hukum Allah untuk membuktikan cinta. Aku cuma perlu menyukai dari jauh dan memberitahu kepada Allah siapa yang aku sukai. Dan kalau direzekikan, kalau ada jodoh, maka adalah. Kalau tak ada, aku yakin Allah akan memberikan aku bahagian aku kelak di SANA.

Yakinlah hidup ini bukan berhenti sampai dunia saja.

Sanggupkah kamu jadi anak derhaka semata2 kerana jantan? Sanggupkah kamu pakai ketat2 semata2 nak memuaskan mata pasangan yang belum tentu menjadi milik kamu? Kalau jadi pun, belum tentu dia akan memandu kamu ke syurga. Bahkan sanggupkah kamu meletakkan diri dalam satu bahaya yang mungkin dia akan tarik kamu ke lubang neraka bersamanya?

Last word. Kalau dah tak boleh tahan sangat nak ada pasangan, sediakan jarum. Selit di tudung. Kalau boyfren dah gedik lebih nak pegang2, kasi cucuk sama tangan dia yang gatal tu. Kalau dia ajak peluk2 cium2, LUDAH MUKA DIA. Biar dia mintak putus. Selamatkan diri kamu. Kalau dia cuba nak rogol, guna jarum tadi cucuk mata dia. Biar buta.

p/s :: Senang cakap, jangan kapel. Habis cerita. Be patient. Love will come, soon.

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, October 19, 2011

Cabaran Menjadi Perempuan Zaman Ini


Assalamualaikum. Hye.

Hari ini terasa nak update walaupun kesibukan hampir2 merenggut ketenteraman aku. Yalah orang lain pakat study boleh pulak aku nak update entry bagai. Nak mampos?

Tapi nak update jugak. Saja nak keluarkan pendapat walaupun tahu bukan ada siapa nak kisah pun. Cumanya kali ini aku harap ada yang kisah.

Seorang kawan aku kata blog aku ni banyak sangat cerita pasal tudung. Seorang lagi kata aku selalu tulis pasal kewanitaan. Haha perkataan kewanitaan itu agak melampaulah aku rasa.

Tapi yeah it's true. Aku memang banyak menyentuh isu2 pasal perempuan balik2 tulis pasal aurat. Balik2 tulis pasal tudung. Bosan. Aku pun bosan. Ok kali ini kita tulis pasal baby pulak. Nak?

Bila sebut pasal baby, yang lebih awal muncul dalam kepala ialah perempuan. Agak janggal kaitkan baby dengan lelaki. Melainkan jika lelaki itu ialah Mr. Mama dalam cerita Tv3 suatu ketika dulu yang agak tidak faymous kerana aku tidak menontonnya. Haha ohh kalau aku tengok baru faymes lah yer?

Dan masa aku baca berita pasal baby diburaikan perut oleh ibu sendiri, just sebab teman lelaki yang tidak mahu menerima baby tersebut, dan ada gambar2 ini dan ini mula menular di Facebook, terasa macam nak belajar ilmu santau pun ada. Aku nak busungkan perut perempuan tu sampai kembung macam belon di fun fair yang diisi helium, lepas tu bagi pecah. Boommm baru padan dengan apa yang dia buat kan?

Dan video ini pun menyayat hati jugak.

Ok berbalik kepada cabaran menjadi perempuan zaman moden globalisasi atau lebih mesra pengguna dengan nama akhir zaman atau kalau nak lagi mesra zaman nak dekat kiamat dah oii. Perempuan yang dimaksudkan khas ialah muslimah2 sekalian. Kalau yang kapir tu aku tak kisah la. Yang saudara seagama ni yang nak kalut ni.

Ini cabaran paling major lah aku rasa.

  1. Style
  2. Song
  3. Sex
  4. Soul
Dunia ni diketahui umum dah sampai ke penghujung2nya. Tapi perempuan disogokkan dengan pelbagai fesyen yang semakin menjauh dari suruhan Allah. Allah suruh tutup aurat tapi perempuan zaman sekarang ni sibuk nak bukak aurat. Bila orang kata bangang bodo piang, mula nak marah. Lepastu cop orang ustaz tak bergaji la, budak kanyaq la, padahal sapa lagi kanyaq tah la tua bangka pun aurat tak reti nak tutup.

Lepas tu makin ramai pulak yang nak menjadi Yuna. Nyanyi kat youtube, lepastu jadi pop di kalangan ular, lepas tu jadi artis. Pencapaian yang bagus tu tapi tak kena tempat la pulak. Tak dilupakan Ustazah Pilihan yang telah mengundang kontroversi.

Yang lagi haru, bila semakin banyak kes seks luar nikah, lepastu ada anak luar nikah, lepas tu abortion, dan kalau tak abort pun dia tinggal di masjid, yang lagi macam babi punya perangai jenis yang tinggal dalam tong sampah atau baling dari tingkat 3 apartmen tu. Eh silap. Bukan macam babi. Babi pun kalau kamu nak tahu, menjaga anak2nya sebaik mungkin. Sampai gemuk2 jadinya. Pernah kau dengar anak babi ditinggalkan di tempat buang sampah?

Dan tak cukup buat dosa dengan Allah, perempuan2 zaman sekarang juga banyak yang tergedik2 nak tinggal Allah. Kalau ikut mat salleh kristian hensem boleh tahan la mungkin godaan kuat ke apa. Ni banyak ikut mat bangla mana tah bukan nak racist la tapi jujur aku katakan, takda taste betullah orang yang tinggal agama semata2 sebab cinta lah bajet2nya. Bodoh gila. Mungkin itulah yang dikatakan bimbo? Eh?

Ya masalah2 yang disebut di atas juga dibuat oleh segelintir atau sebilangan besar lelaki yang keparat2. Tak adillah kalau sebut perempuan saja kan. Tapi cuba tengok balik. Tengok betul2.

Lelaki kalau berfesyen, banyak yang segak2 tu pakai still menutup aurat.
Lelaki kalau menyanyi pun, penangan suaranya dan perawakannya tidaklah sehebat perempuan.
Lelaki kalau buat seks bebas, perut dia takkan memboyot walaupun tak makan apa2 pil.
Lelaki juga selalunya mengekalkan agama jika berkahwin dengan orang yang lain agama.

Ya aku shallow dalam memberi fakta. Aku bukan mengadap televisyen 24 jam. Aku mengadap komputer surf internet dan buka benda yang aku suka. News are absolutely none of my concern. Tapi setakat random issues tu aku tahulah juga. Apa yang aku tulis di atas tu ada betulnya kan?

Selalu orang kata tak payah perasan hebat setakat nak menyalahkan orang lain dan menghakimi orang lain. Dosa pahala Allah yang tentukan. Bukan kita, Kita manusia. Tutup mulut jaga diri sendiri cukuplah. Selalunya perempuan2 yang bajet bagus lah cakap macamni. Jenis kepala batu belah batu bertangkup takmahu dengar nasihat bila orang tegur kata orang penyibuk. 

Tak payahlah rasa diri tu hebat kalau setakat solat 10 minit 5 kali sehari 20 hari sebulan tapi dedah aurat 10 jam sehari 30 hari sebulan. Takpayahlah rasa diri tu hebat boleh mengaji 10 mukasurat Alquran tapi mencarut lagi banyak kali dari zikir.

Buat baik tu kalau sedikit pun Allah kira. Allah balas dengan kebaikan berganda. Jangan lupa. Kejahatan pun Allah balas juga. Walaupun kita yakin keampunan Allah lebih besar dari murkanya, siapa kita nak rasa selamat sangat dan buat dosa sewenang2nya? Bukan main lagi cakap pasal mati tapi amalan hidup macam firaun yang tak mahu mati.

Sila terasa dan ambil pengajaran.

Sekian terima kasih.
Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, October 9, 2011

Ingat Allah Hati akan tenang...?


Assalamualaikum. Hye.

Entry ini sekadar opinionlah...

Orang perempuan ni selalu kompelin pasal had aurat, talak, poligami, dan blablabla sebab mereka selalu rasa lelaki dilebihkan dalam hal2 tadi dan ada banyak kelebihan berbanding perempuan.

Pernah tak orang perempuan nak kompelin pasal period?

I mean mereka ada period tu haram solat, haram puasa, tak boleh tawaf, dan lain2. Nak ehem ehem dengan suami pun haram. So in some senses rasa2nya macam lelaki lebih banyak pahala pulak kan? Banyak ruang ibadah la kiranya.

Tapi tak ramai yang kompelin. Ada pulak perempuan yang aku pernah jumpa dia seronok period sebab tak payah solat. Lawak pulak.

Tapi ada jugak orang yang kata dengan solat akan tenang, dan bila period tak boleh solat maka tak tenang. Wah ini sangat menyentuh hati (akulah) sebab tak ramai yang akan buat statement macamtu. Tahniahlah cik kak.

So kalau tengok balik ayat Alquran, Allah kata dengan mengingati Dia hati(-hati) akan menjadi tenang. Aku bukan ulama tafsir jadi aku tak tahu apa maksud hati2 (hearts, bukan careful) itu. Tapi aku rasa yang dimaksudkan ialah hati kita dan hati orang di sekeliling kita. Sebab tu Allah sebut qulub dan bukan qalb. Sila rujuk orang berilmu untuk jawapan sebenar.

Jadi, kalau kau period dan rasa tak tenang sebab tak boleh solat, mai nak bagi beberapa tips.


  1. Jangan sempitkan maksud mengingati Allah dengan solat saja.
  2. Buat benda baik pun dah dikira mengingati Allah.
  3. Kalau kau tak boleh solat, sekurang2nya kau boleh buat apa yang ada dalam solat.
  4. Misalnya berwuduk. Berwuduk ketika period tak haram.
  5. Tutup aurat dan jaga aurat dengan sempurna. Tak haram pakai tudung ketika period. 
  6. Ucapkan kata2 yang baik. Tidak haram berzikir ketika period. Tapi mencarut tetap haram sebelum, ketika, atau selepas period dan bila2 masa pun.
  7. Beri salam dengan ucapan assalamualaikum, dan bukannya semekom atau celcom.
  8. Beri sedekah.
  9. Buat baik dengan family dan kerabat.
  10. Buat baik dengan kawan2.
  11. Buat baik dengan jiran.
  12. Buat baik dengan strangers.
Dan banyak lagilah kan.

Masa bulan puasa misalnya. Dahlah orang perempuan kena sedia sahur, masak lagi. Bangun awal suami boleh qiyamullail. Tapi isteri qiyamullail di dapur nun. Suami baca alquran, isteri baca resipi.

But you know what? Itulah ibadah sunat seorang perempuan. Dia tak payah solat teruk2 di masjid. Tak payah keluar dakwah 4 bulan. Tak payah pergi perang. Kerja perempuan mudah saja. Penat sikit la tapi sama saja tetap menjadi ibadah bagi dia. Allah tak buat hukum isteri wajib taat suami kalau ketaatan tu sekadar nak tunjuk yang lelaki itu dominan. Tapi sebenarnya nak tunjuk yang ketaatan kepada Allah tak semestinya direct kita buat benda yang Allah suruh. 

Boleh tengoklah nabi kata kita, kalau bagi makan kepada orang berpuasa, akan dapat pahala sama macam orang berpuasa tu. So imagine la seorang mak, puasa maybe 15 hari, 15 lagi period. Tapi 30 hari sedia makanan untuk suami dia dan anak2. Katakan anak ada 2 orang. Semua puasa penuh. Suami dia dapat pahala puasa seorang 30 hari tapi mak dia dapat pahala puasa seorang 15 hari dan 3 orang 30 hari. 

Aku pun jeles.

p/s :: period? bukan lagi masalah~

ini bukan iklan pad harap maklum okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, October 6, 2011

Hudud Itu Bukan Huduh 3


Assalamualaikum. Hye.

Apabila kata2 ulama tak sampai kepada masyarakat, dan artis2 yang disanjung pulak yang tampil memberi pendapat, maka terhasillah lawak seperti di bawah.



Ada pendapat yang agak2 ok, dan ada pendapat yang memang lawak. Ada ke berzina kena sula? Rejam lah weyh kalau tak kawen lagi kena sebat saja. Tapi mungkin dia belajar sejarah lebih banyak sebab dia kata umat Islam zaman dulu kan. Haha entahlah.


Aku bukanlah sokong sangat Wardina tapi dia ada buat statement jangan komen pasal isu ni sebab artis2 tiada ilmu. Dan lihatlah apa blog ni kata? Sinis sungguh kau. Haha maaflah tapi bunyi macam tak menarik je entry itu. Apa kau ingat kalau Aziz Satar pakai songkok so semua dia cakap tu betul ke apa? Yang Ayu Raudah dengan Enot tak pakai tudung tak pula kau nak kata mereka salah. Kurang2 Wardina ambil langkah berjaga2 sebab kalau main lepas je cakap yang hukum hudud itu tak relevan ke apa benda, pandai2lah sendiri kan apa akibatnya yang mungkin.

50 tahun merdeka, masalah aurat pun tak dapat disettlekan. Bini sultan pun ada yang tak pakai tudung. Tu pun nak bising benda merepek2 lagi pasal hukum hudud. Kes buang bayi dan seks bebas nampaknya masih belum mampu membuka mata masyarakat. Tunggu gempa bumi dulu kot.

p/s :: Kalau zaman dulu, ada nabi. Bila orang buat maksiat melampaui batas, nabi2 bawak orang beriman keluar dulu baru Allah timpakan azab kepada negeri tersebut dan pemaksiat2 di dalamnya. Zaman sekarang ni nabi palsu saja yang ada. So bila azab Allah sampai, sekali yang beriman pun kena sama. Kesian sungguh.

huhuditubukanhuduh 1
hududitubukanhuduh 2

okbai
Thanks for reading. Bye ;)

Monday, October 3, 2011

Hudud Itu Bukan Huduh 2


Assalamualaikum. Hye.

Aku bukanlah jenis yang nak marah2kan pemimpin. Aku sedar diri yang dia telah banyak berjasa. Sekolah yang aku pergi, dia yang buat. Gaji bapak aku, dia yang bayar, walaupun dia ambik balik sikit haha buruk siku sungguh. Sangat2 aku berbeza dengan kawan2 aku yang selalu makihamun pemimpin. Buruk2 dia pun dia bukanlah sembarangan orang untuk kita hina. Dia pemimpin.

Tapi...



Berbulu tak tengok video ni?

“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”. (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.)

Jangan risau kalau diri sendiri jahil taktahu menahu pasal agama sendiri. Jangan risau sebab orang yang tahu ada banyak di Malaysia ini. Tidak salah untuk bodoh. Tapi jangan tunjuk bodoh. Dan takpayah obvious sangat tunjuk macam kau pandai dari Tuhan sebab memang nyata kau bodoh.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)